ketika aku berada di dalam ktm .
aku intai pemandangan luar.
aku lihat pokok-pokok..
aku lihat angin seperti berbisik-bisik.
aku hayati semuanya..
dikala itu,
aku terfikir...
Abah,andainya abah nak tau betapa besarnya kasih sayang angah kepada abah,
Abah lihatlah setiap debu pasir yang sentiasa bertiup,
Abah lihatlah angin-angin yang tidak henti bertiup.
sebanayk itulah kasih angah kepada Abah.
Abah,di dalam blog kecil ku ini,
ingin aku coretkan sejuta kenangan dengan Abah,
tapi sayang,ini bukan tempatnya.
biarlah kenangan itu akan erus utuh dalam ingatan.
Abah,abah lihat la,
betapa kuatnya hati mak,semangat mak untuk membesarakan kami,
seperti pokok-pokok yang tetap utuh berdiri walau badai datang melanda.
lihatlah abah,kasih sayang Mak tak pernah berbelah-bagi.
sebolehnya,ingin di turuti semua kehendak anak nya,
Abah,abah lihatkan daun-daun pokok yang gugur satu per satu dari pohonya,
mereka semua menangisi pemergian Abah.
Abah lihatlah semuanya .
angah personafikasikan khas untuk melontarkan isi hati angah.
Abah tak tau yang angah ni terlalu sayang kat abah.
sebab angah tak pernah luahkan.
angah malu sebab dah besar.
Dulu abah selalu cakap "belajar elok2,abah ni mcm2 penyakit ada,bila2 je boleh mati"
lepas tu abah slalu sambung "angah ngan along suka la tu abah mati,tkde sape nk bising suruh belajar dah "
ayat2 ini selalu terngiang-ngiang di telinga aku.
tapi angah senyap je mase abah cakap semua tu.
tapi Abah lihat lah sendiri,
bagaimana deritanya angah msa angah lihat jasad abah yang dulu kuat bekerja untuk kami,
terbujur kaku sedang di kafankan,
ingin saja aku pergi dekat dengan mu,
ingin aku peluk seerat mungkin,
ingin aku teriak sekuatnya yang aku sayang abah.
abah bangunlah!
pernah juga masa pertami cikmah beritahu aku sambil menangis,mase tu kira2 pukul 5-6 pagi. "atie,ila bangun.abah dah takde."
aku seakan-akan blur.senyap dan terpaku.
aku sentiasa berharap itu semua satu mimpi ngeri.
tapi lama-kelamaan,
aku harus sedar dari mimpi yang aku harapkan itu.
ini realiti Shafyza Adila,
ingin saja aku melutut di kaki abah,
memohon ampun kerana sejak lahir,
aku sudah terlelu banyak menyusahkan abah.
aku ingin meraung memohon ampun,meminta di halalkan semuanya,
tapi aku tak sempat.
abah menghembuskan nafas terakhir di hospital.
aku sedar realiti yang harus aku terima ini sangat pahit.
apalatah lagi mak.
tapi,mak harus kuat.
tanpa mak,dimana aku dan adik mahu mengharap kasih.
mak lah abah.mak juga adalah mak.
berat tugas mak aku.
dengan hutang masih bnyk belum di bayar.
tapi,aku respect dan tabik dengan mak aku.
dia tetap tenang.
sudahlah setakat ini,
aku sedih bila teringat momento indah bersama abah.
aku doa,
abah sentiasa tenang menghadao Ilahi,
sesunggunhnya,aku mengerti.
Allah lebih mengasihinya daripada kami
semua,
lukisan hati
NorShafiza Adila.
kau juga seorang yang hebat ila.aku tak pernah jumpa insan seperti kau.aku sayang kau sampai bila2.
ReplyDeleteeyla , kteorg ade dgn kau okayy. jgn isau :)
ReplyDelete