Counting Days For 2year Anniversary

Powered By Blogger

Saturday, June 26, 2010

bintang-bintang dan bulan : )

malam ni,26 JUNE 2010.
sekali lagi aku fikir benda yang sama.

memandang bintang di luar
"wahai bintang,kenapa semua ni jadi kata aku?"
dulu aku penah berjanji depan bintang.
dan dia kata kalu bintang tu berkelip dia dengar janji kita.
tapi bintang,kenapa tak berkelip?
kenapa taknak jawab soalan aku?
nampaknya,bintang dah tak sudi menjawab lagi.


lalu,aku mencari cahaya bulan,
bulan menghilangkan diri .
kenapa mereka buat aku macam ni?
mereka sudah tidak sudi lagi menemani tidur lena ku.
aku sunyi.

tiada lagi bunyi unggas malam yang bernyanyi-nyanyi untukku.
tiada lagi kelipan bintang yang mendengar semua janji ku,cerita ku,
tiada juga chaya bulan yang menjaga malam-malam ku 


aku masih di sini,
teguh berdiri.
berdiri tanpa bintang-bintang yang sentiasa berbicara dengan ku
berdiri tanpa cahaya bulan yang menjaga malam-malamku.


OhTuhan,
bila nanti sampai saat,
ampuni aku yang sering melupakanmu.
Kau jaga bintang-bintang aku agar sentiasa terus mendengar janji manusia.
Kau temani bulan-bulan aku agar dia sentiasa menerangi manusia


malam ini,
hanya belog kecil yang setia mendengar luahan cerita sepi aku.
terima kasih belog :)
aku sayang kau belog.
nanti bila aku ade cerita ,aku tulis kat badan kau yea?
terima kasih belog :)
kau sentiasa menjadi telinga untuk mendengar apa sahaja berita hidup aku.


malam ini,
sunyi,sepi,tidak hingar,senyap.
malam ini,
aku hilang sesuatu.
sesuatu yang aku pun tak tau mana hilangnya.
apa yang hilang?
semangat:)
 yea,semangat yang hilang.


sudah cukup untuk lukisan hati malam ini.
selamat malam bintang,bulan.
terima kasih sebab dulu kau dengar janji dan cerita aku.
dan terima kasih kerana kau sudah jemu mendengar cerita aku.
tapi aku tetap tunggu bulan,bintang sudi mendengar kembali cerita mengarut aku,


aku penat lah dunia.
kau tak habis-habis mendapkan aku.
bagi la aku tenang walaupun sesaat. 
aku ni sudahlah tak cerdik.
kau mendapkan aku dengan masalah pelajaran.
apa lagi yang kau dengki dengan aku dunia?


kau tak kasihan kah pada aku?
kau tak penatkah menampung air mata aku yang tak kering mencurah?
kau kejam dunia!
aku tiada teman.


sudahlah.
aku mahu mati sebentar.
esok aku tulis lagi tau.
bye belog:)
iloveyou:)




tulisan jahanam:shafiza adila.

No comments:

Post a Comment