post ini di tulis khas untuk semua ibu2!seburuk mana pun ibu kita,dia yang melahirkan kita.:)terima kasih ibu!
*masa usia kita setahun,ibu suapkan makanan dan memandikan kita.cara kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan menangis sepanjang malam.
*saat usia kita dua tahun,ibu mengajar kita bermain.kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila di panggil.
*ketika usia tiga tahun,ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan.
*masuk usia empat tahun dan lima tahun,ibu belikan pensil warna dan pakaian,kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan berguling di atas lantai kotor,
*saat usia enam tahun,ibu memimpin tangan kita ke Tadika,kita mengucapkan terima kasih dengan menjerit "tak mahu!tak mahu!"
*ketika usia tujuh tahun,ibu belikan sebiji bola,kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin tingkap jiran.
*setelah usia 8-9 tahun,ibu menghantar kita ke sekolah,kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah,
*di usia 10-11 tahun,ibu menghabiskan masa nsehari suntuk dengan kita,kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan.
*menjelang usia 13tahun,ibu suruh pakai pakaian menutup aurat,kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman.
*ketika menjelang 18 tahun,ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk ke universiti,kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria dengan kawan-kawan
*menjelang usia 20tahun,ibu beranya adakah kita ada teman istimewa,kita katakan "itu bukan urusan ibu"
*setelah usia 25tahun,ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkhawinan kita,kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh drinya,
*ketika usia 30 tahun,ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi,kita dengan megah berkata"itu duli,sekarang zaman moden"
*ketika usia 40tahun,ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung,kita berkata "kami sibuk,tak ada masa nak datang"
*menjelang usia 50 tahun,ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya,kita bercerita tentang kesibukan dan kisah2 ibu bapa yang menjadi beban kepada anak2.
*dan kemudian satu hari,kita mendapat berita ibu meninggal,khabar itu mengejutkan,dalam linangan airmata,segala perbuatan terhdap ibu muncul dalam ingatan satu per satu....
ingatlah,tiada anak yang sanggup mati demi seorang ibu,tapi seorang ibu sanggup mati demi seorang anaknya.
*jika seseorang ibu itu boleh memilih apakah ibu itu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungkan kita,ibu akan memilih mengandungkan kita.
selamat hari ibu!terima kasih ibu! :)
syg terlalu hebat disisi semua orang.
ReplyDeletei love you :)
iloveyou too honeyy! :D
ReplyDelete